Amirudin berkata kedua-dua skim yang dikendalikan Yayasan Hijrah Selangor itu juga adalah bagi memenuhi inisiatif yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021, November tahun lepas.
Beliau berkata Skim NaDI menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000 kepada rakyat Selangor berumur 18 hingga 60 tahun, yang sedang atau masih baru menjalankan perniagaan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
Skim Go Digital pula menyasarkan usahawan Selangor yang ingin mengadaptasi perniagaan sedia ada mereka ke platform digital. Ia dilengkapi empat elemen iaitu sistem dan peralatan, program pemasaran, latihan serta pemantauan yang akan dipantau oleh syarikat peneraju dilantik,.