Warga Selangor Ayuh Sepakat! Bantu Penjaja Peruncit Di PLATS

Bersama Kita Utamakan Penjaja & Peruncit Komuniti Selangor!

Platform Selangor atau PLATS dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor. Di kala suasana ekonomi yang tidak menentu dan krisis pandemik yang membimbangkan, pastinya hasil pendapatan para penjaja dan peruncit kecil di Selangor terkesan. Bergerak bersama arus pendigitalan, PLATS mengorak inisiatif pertamanya pada tahun 2020 dengan melancarkan PLATS e-bazaar, bazaar ramadhan digital yang pertama di Malaysia.

512

Penjaja

426

Peruncit

PLATS memberi banyak peluang serta kelebihan buat para penjaja dan peruncit di Selangor.

Dengan menjadi sebahagian dari penyenaraian di direktori digital PLATS, antara kelebihan yang boleh diterokai:

Akses bantuan pendigitalan

Kami memahami masih ada kekangan dalam menguasai pendigitalan khususnya di kalangan penjaja & peruncit. Dengan bantuan Rakan Digital Selangor, mereka boleh bantu

Akses bantuan pembiayaan

PLATS dicetuskan untuk membantu penjaja & peruncit melalui pendekatan pembiayaan berkesan.

Akses latihan keusahawanan

PLATS juga akan menjadi platform penghubung antara kerajaan dan komuniti dalam membina kelangsungan perniagaan mereka

Mengapa PLATS menjadi platform pilihan para penjaja & peruncit di Selangor?

Di PLATS, kami percaya agenda pendigitalan sahaja yang mampu mengubah daya pacu mana-mana perniagaan khususnya komunit penjaja & peruncit. Kami juga tahu penguasaan digital dalam perniagaan di kalangan mereka masih samar-samar dan inilah sebabnya PLATS dilancarkan bagi mencapai hasrat Selangor bagi mencapai status inklusif digital dalam masyarakat.